Wednesday, 7 December 2011

Sains Tahun 4 : Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta

Bidang Pembelajaran 6      : Sistem Suria
Objektif Pembelajaran 6.1 : memahami Sistem Suria

Fakta-fakta :

1.  Sistem Suria terdiri daripada 8 buah planet dan Matahari.
2.  Komponen-kompenan lain dalam Sistem Suria adalah satelit semula jadi, asteroid, meteoroid dan 
     komet.
3.  Matahari terletak di pusat Sistem Suria.
4.  8 buah planet dalam Sistem Suria bermula dengan yang paling dekat kepada Matahari adalah:
     a. Utarid ( Mercury )
     b. Zuhrah ( Venus )
     c. Bumi ( Earth )
     d. Marikh ( Mars )
     e. Musytari ( Jupiter )
     f. Zuhal ( Saturn )
     g. Uranus ( Uranus )
     h. Neptun ( Nepyune )


5.  Utarid ialah planet yang paling dekat kepada Matahari.
6.  Bumi ialah satusatunya planet yang mempunyai oksigen dan air. Oleh itu, ia merupakan satu-satunya
     planet yang dapat menyokong hidupan.

7.  Marikh dikenali sebagai Planet Merah kerana permukaannya ditutupi dengan habuk merah.

8.  Musytari ialah planet yang paling besar dalam Sistem Suria.

9.  Zuhal ialah planet yang paling cantik dan mempunyai bilangan satelit semula jadi yang paling banyak.

10.Neptun adalah planet yang paling jauh daripada Matahari.

11.8 buah planet dalam Sistem suria beredar m4engelilingi Matahari mengikut orbitnya yang tersendiri.
12.Semakin jauh planet dari matahari, semakin besar orbit planet itu.
13.Masa yang diambil oleh planet untuk melengkapkan satu peredaran mengelilingi Matahari bergantung
     kepada jarak planet dari Matahari.


1 comment: