Friday, 9 December 2011

Objektif Pembelajaran 6.3  : Menghargai kedudukan unggul bagi BUmi dalam Sistem Suria

Fakta Sains:

1.  Planet yang terlalu panas ( terlalu dekat dengan matahari ) atau terlalu sejuk ( terlalu jauh dari
     Matahari ) tidak dapat menyokong hidupan.
2.  Jarak planet dari Matahari akan mempengaruhi suhu planet itu.
3.  Semakin jauh planet dari Matahari, semakin sejuk planet itu.
4.  Jadual di bawah menunjukkan purata suhu permukaan bagi lapan buah planet dalam Sistem suria:
Planet
Purata suhu permukaan ( ˚c )
Utarid
420
Zuhrah
150
Bumi
22
Marikh
-23
Musytari
-150
Zuhal
-180
Uranus
-210
Neptun
-220
5.  Utarid dan Zuhrah adalah terlampau panas dan tidak sesuai u ntuk hidupan.
6.  Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun adalah terlampau sejuk dan tidak dapat menyokong
     hidupan.
7.  Bumi ialah satu-satunya planet yang mempunyai oksigen dan air. Jadi ia adalah satu-satunya planet
     dalam Sistem Surai yang mempunyai hidupan.
8.  Bumi mempunyai atmosfera dan air.








9.  Bumi berada pada kedudukan yang uggul dalam Sistem Suria. Bumi tidak terlalu panas dan tidak   
     terlalu sejuk.
10.Jika Bumi jauh lebih dekat dengan Matahari, benda hidup pada Bumi tidak dapat hidup kerana suhu
     yang terlalu tinggi.
11.Jika Bumi terlalu jauh dengan Matahari, benda hidup pada Bumi tidak dapat hidup kerana suhu yang 
     terlalu rendah.

No comments:

Post a Comment