Friday, 9 December 2011

Maklumat Tambahan tentang Sistem Suria

Sistem Suria (Solar System) merupakan satu sistem najam yang terletak dalam galaksi Bima Sakti dan terdiri daripada satu bintang yang dipanggil matahari dan dikelilingi oleh lapan buah planet dan 162 bulan[1]. Selain itu terdapat juga planet kerdil, asteroid, meteoroid, planetoid, komet dan awan debu antara planet. Dari 1930 ke 2006, Pluto merupakan planet ke-9 tetapi telah diturunkan pangkat menjadi planet kerdil oleh IAU. Sistem suria dipercayai terbentuk sekitar 4,600 juta tahun dahulu hasil pengumpalan gas dan habuk di angkasa yang membentuk matahari dan kemudiannya planet-planet yang lain.
                                            Galaksi

Matahari
Komponen utama sistem suria ialah Matahari (simbol astronomi); satu bintang G2 yang mempunyai 99.86% jisim sistem dan mengekalkannya dengan daya graviti[2]. Disebabkan oleh jisimnya yang besar, matahari mempunyai kepadatan yang cukup tinggi untuk menahan pelakuran nuklear, yang menghasilkan tenaga yang amat banyak, kebanyakannya disinarkan ke angkasa dalam bentuk sinaran elektromagnet, termasuklah cahaya nampak. Objek terbesar yang mengelilngi matahari, Musytari dan Zuhal mempunyai jisim 90% dari baki jisim sistem suria. (Taburan komet di sempadan sistem yang dipanggil awan Oort, sekiranya dapat dipastikan dijangka mempunyai jisim yang besar juga[3].)
Disebabkan oleh orbit planet yang membujur, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan matahari berubah mengikut kedudukan planet di orbit. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut:-

57.9 juta kilometer ke Utarid
108.2 juta kilometer ke Zuhrah
149.6 juta kilometer ke Bumi
227.9 juta kilometer ke Marikh
778.3 juta kilometer ke Musytari
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
2,871.0 juta kilometer ke Uranus
4,497.0 juta kilometer ke Neptun

No comments:

Post a Comment