Sunday, 11 December 2011

gerhana bulan 2011 dengan tekstur yang sangat unik ( lunar eclipse 2011 )

Langit Pada Bulan DISEMBER 2011

Fasa-fasa Bulan

Gerhana Bulan Penuh

Menunjukkan perubahan wajah bulan serta warnanya

Gerhana bulan penuh terjadi apabila planet Bumi menghalang cahaya dari matahari dari mengenai bulan secara penuh. Oleh itu, ini hanya akan terjadi apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sejajar pada satu garis lurus. Jika anda selalu tidak terlepas peluang memerhati gerhana bulan yang berlaku saban tahun, mungkin anda akan tersedar bahawa ada perbezaan kegelapan warna bulan ketika peristiwa itu terjadi dengan gerhana bulan yang berlaku pada tahun-tahun yang sudah. Faktor yang menyumbang kepada perbezaan warna bulan ini ketika berlaku peristiwa gerhana ialah kualiti udara pada ketika gerhana bulan tersebut terjadi. Ini adalah kerana cahaya matahari yang mengenai permukaan bulan pada saat gerhana telah melalui atmosfera bumi terlebih dahulu sebelum mengenai bulan. Oleh sebab ini, jika gerhana berlaku ketika terdapat letupan gunung berapi, maka gerhana bulan yang terhasil akan kelihatan lebih gelap.
Kedudukan bulan ketika melalui bayang matahari menentukan
sama ada gerhana bulan tersebut adalah penuh atau hanya separa.

Gambar-gambar Gerhana Bulan






Simulasi Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh

Pada 10 Disember 2011 ini, kita dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)
Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:
i.                    Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.
ii.                  Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.

 


Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.
Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.
Selamat Mencerap Gerhana!

Saturday, 10 December 2011

Gerhana Bulan

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.